Friday, February 11, 2011

Korunk kenai kew?


Ce korang nengok pokok kt atas ni, korunk kenai kah?? TAK?? tecian...tecian hahaha...jgn kecik ati, melawak je pom...ni lah pokok jarum mas...ekceli baru ni balik perlis, masa ronda2 kat padang (bendang) tu teringat la kisah dulu2 masa aku masih kecik comey gitu...

dedulu masa aku masih darjah2...balik skolah, lepas abah masuk keja balik after lunch hour...pekerjaan aku la ni, kayuh beskal dr masjid sampai la kat area kedai Nah Aq tu...sepanjang jalan kt kampung aku tu dlu kiri kanan ada la rumput2 naik kan...dan between dat rumput2, ada pokok jarum emas ni...abah la yg memula ngajaq aku dan bgtau pasai pokok ni...masa tu blank2 lg pala otak, tk paham apa pun...yg paham, aku kutip ja pekerjaan aku...hampir setiap hari bila tkdak geng nak main, ha ni lah yg aku buat...

dan tk ckup tepi jalan kampung, sepanjang kiri kanan jalan kt bendang pun aku sapu semua hahah...masa dlu bulan posa, aku pi kutip kui 230 ptg kau...tau2 je la masa tu punya la panaihhhh terikkk...tp gigih gak tu buat pekerjaan tu...pastu balik umah, lembik! letih...bila abah mak balik kerja, aku pun mula la buat muka cute2 ala mohon belas kesian utk diberi kelulusan bukak posa...padahai dah kui 5++ masa tu...meghela kan?? haha zaman bebudak, gitew lor...

nk cabut pokok ni kena sekali dgn akaq...tkleh putuih nnt tk mujarab bila  buat ubat...so dah kutip2 semua, kat saper aku kasik? kat abah la...longgok semua...sampai  1 hr abah pun pening apa aku nk buat dgn pokok ni berlonggok2...so abah bg kat kawan2 abah...ada yg abah simpan, rendam dalam air, minum wat ubat...

skrg?? dah tkde dah...banyak rumput2 kena racun...dok cari2 jugak tp mmg dah tkdak...pupus...bukan aku puncanya, itu aku pasti haha...bila tingat balik, merepek jugak aku ni kan...tkdek pekdahnya apa pun kt aku yg dok pi bongkok2 cari tepi2 jalan tu...bukannya leh makan cam ulam sayoq pun...duit tk dapat...kena marah ngan abah lg ada dok pi keluaq tgh2 panas...tp aku buat jugak...haha

ni some info on Jarum Emas..credit to www.melur.com


Nama Tempatan:
Jarum Mas
Nama Saintifik:
Striga Asiatica
Nama Lain:
Rempah padang, witchweed
Famili:
Scrophulariaceae
Lokasi dijumpai:
Dipadang-padang rumput.
Asal:

keterangan:

Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia.

kegunaan:

Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilankan sakit urat dan sengal badan dengan penyediaany yang sama.


lg 1...akan seruntun...penah dengaq?? tak pernah?? tecian tecian....dulu pokok ni ada blkg rumah aku...tepi rumah aku dlu ni hutan dan aku slalu pi main dalam hutan tu dgn bala2 tentera lain...panjat2 pokok tu adalah biasa ye...dan salah 1 pokok dalm hutan tu, ada pokok akaq seruntun ni...igt dlu ada drama ala2 hang tuah ke hang apa kenama tahh, kisah pasai berebut nk akaq seruntun ni...bertuahnya aku pernah tahu, tgk, pegang, cabut then lempaq buang akaq ni tanpa sebab haha...

skrg akaq ni dah ada dalam 7 in 1 coffe mix nama BrotoCafe...aku amik selang2 dgn CCPP...khasiat2nya ni aku share kt bawah ni...ada group BrotoCafe ni dalam FB, bleh cari...once again, credit to www.melur.com


Nama Tempatan:
Patawali
Nama Saintifik:
Tinospora crispa(miers)
Nama Lain:
Akar seruntun, brotowali,batang wali
Famili:
Menispermaceae
Lokasi dijumpai:
Dipagar-pagar lama, rumah tinggal
Asal:


keterangan:

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar.Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas.Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.


kegunaan:

untuk perubatan, batannya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).Malah diFilipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental.Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut).Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.


sekarang ni, semua dah susah nk cari.....hmmmmm

note: photo credit to Google

4 comments:

Mummy Irish@honey said...

kenal2..dle kecik2 rajin kutip..wahahahha..montot die bau cm minyak angin...

NoName said...

satu haram aku xkenal.... tp nama biasa dengar...good info..

*pokok rumput tersangat kenal..

~~MiNaMi a.k.a IejAm~~ said...

akan seruntun ke akar seruntun??

Mrs Fingers said...

iejam...AKAQ arr...typo...tp still leh tima kan kan kan hehehehhe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Leteranku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...